Wednesday, July 01, 2009

Hari Pertama Bekerja (ape ingat 'malam' je ade perkataan 'pertama'?)

Hari ini 1 July 2009 dan merupakan hari pertama pergi kerja. Aku dah dapat posting dan setakat ini kat Putrajaya lagi. Tak tahu la pulak kan tiba-tiba majikan naik minyak terus hantar pergi Negeri lain ke. Aku tak kisah, cuma aku berat sikit la nak adjust dengan tempat orang/asing. almaklumlah dah tua tua ni (hekhek tua la sangat).

Aku dapat kerja sebagai staff Government... kat Jabatan/Kementerian mana tu tak perlulah aku tulis sini sebab nanti ramai pulak yang mintak aku macam-macam (pengalaman telah mengajarku bermacam-macam--> aku bitau orang terdekat, macam-macam benda diaorang booking barang dari aku. *larikk...)

So far, first day tak ada apa-apa perkara produktif yang aku lakukan untuk Government. Cuma adelah aku menambahkan income Akak jual air dan Abang jual Bihun Sup kat Kafeteria. Huhu. Dan aku juga telah menghabiskan beberapa liter air kat Surau dan Jamban. Oh oh, serta mendapat sekeping Punch Card (sama jek macam LL.B (Hons)... beza cuma ada tulis column untuk 'Jab/Kem' saje.)

Lepas Punch Card kul 5.30, aku balik.

Perkara dalam dilemma: Kereta apa aku nak beli? Help! help!

Updated: nak kereta yang sesuai untuk orang baru start bekerja. Murah dan jimat minyak. :)

Thursday, June 25, 2009

Jakarta 1.

Tanggal 15 Jun sampai 20 Jun, aku, Azza serta Dona terbang ke Jakarta. First time aku naik kapal terbang! *jakun jap*

Ini gambar di LCCT, sebelum check in bagasi.


Sediakan passport dah tiket sebelum berlepas.


Gambar sebelum naik kapal terbang.


Ini gambar diambil di dalam kapal terbang Air Asia. "Iya ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian, diminta kencangkan sabuk pengaman anda.Terima Kasih."



Breath taking kan view melalui tingkap kecil kapal terbang ini? Pengalaman pertama naik kapal terbang... tak berapa gemar. Masa nak naik tu aku ada motion sickness sikit sebab aku ada fear of heights.
Masa nak balik ke Malaysia tu, 20 minit sebelum mendarat, dari bahagian bahu ke leher, rahang dan sampai la ke telinga aku sakit gila. Masa ni aku rasa cam nak pengsan pun ada sebab sakit sangat, seperti mencucuk cucuk. Pastu tak boleh gerak sebab kalau gerakkan badan, sakit tu lagi mencucuk. Benci naik kapal terbang! :'(


Dah sampai! Ini dihadapan rumah Wak Koyah dan Wak Amer Koesmeri di Pulo Gebang Permai, Jakarta Timur. (itu aku dan Dona)


Gambar-gambar selepas ini adalah gambar sight seeing keadaan sekeliling Jakarta as a whole. Ada gambar-gambar kat bawah ini aku ambil dalam kereta sebab tak berani nak bukak tingkap nak ambil gambar. Aku takut kena copet sebab orang TERLALU ramai... dah la jalan selalu macet (jalan selalu jam).

Orang yang pegang surat khabar kat tengah-tengah jalan tu sedang menjual surat khabar di tengah-tengah jalan. Dia akan berjalan dari kereta ke kereta bila kereta itu berhenti. Keadaan ini adalah normal di Jakarta. Bagi aku... almaklumlah, tak pernah keluar dari Malaysia dan pengalaman ini mengejutkan aku dan betapa bersyukurnya aku sebab tinggal di Malaysia. Orang di Jakarta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencari rezeki, termasuklah membahayakan nyawa sendiri berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Bab eksiden jangan cerita la... dah jadi normal.


Keadaan di tepi jalan di Jakarta.


Ini salah satu kenderaan awam di Jakarta... dipanggil Mikrolet.


Disebalik banner itu adalah Warkop... iaitu warung kopi.


Yang kereta kuning ini adalah Teksi. Teksi di Jakarta pakai Toyota Vios tuhhh... giler la... kat Malaysia pakai Proton Saga je. (ini Teksi normal ye, bukan Teksi Airport atau Teksi yang mewah-mewah tu) Aku tanya Rema (anak Wak Koyah merangkap sepupu Dona), di Indonesia ada kereta buatan sendiri tak? Dia cakap ada, nama Timor... (camtula kot lebih kurang ejenya... aku pun tak pasti.)


Ini di hadapan sebuah pasaraya bernama Ramayana. Waktu dahulu (cerita Wak Koyah), ada rusuhan dan Ramayana ini pernah dibakar dan hampir 600 nyawa terkorban yang terperangkap di dalam Pasaraya ini. (Pasaraya dia lebih kurang macam The Summit kat Subang Jaya laa) Scary la masa Wak Koyah cerita... dibakar hidup-hidup. Rusuhan ini sebab mereka mahu Presiden Suharto turun.

Itu kat banner tulis 'Gratis' bermaksud 'Percuma'



Tengok kat kertas yang ditampal di dinding... itu iklan pasang Parabola. Kalau kat Malaysia famous dengan Astro... kat Indonesia dengan Parabola. Parabola ini best, hampir semua siaran TV boleh tengok... TV kat Macau la, China la, Filipina la... RTM 1 pun ade. Selalu waktu petang Wak Amer akan tengok cerita Jerman. Dia je yang faham bahasa Jerman. huhu.



Ini dipanggil Bajaj... salah satu kenderaan awam juga. Kami bertiga tak naik pun menatang alah ni.


Ini orang sedang gigih mencari rezeki. Aku tak pasti la dia jual makanan apa kat dalam tu. Yang aku tau, ramai pakai kenderaan ini untuk jual makanan... termasuk juga yang nak menjual Jamu. Dia akan tolakbenda ni dari sekeliling kawasan rumah sampai la ke bandar... kemana-mana sahaja asalkan ada pelanggan nak beli.


Okelah... ini entri 1. ada lagi entri-entri pergi Jakarta. Aku akan update selepas balik dari Arau untuk hantar Adik aku kat UiTM sana.
Byeee...

Tuesday, June 23, 2009

Sungai Congkak

I'm in the process of uploading the Jakarta's photos in my laptop. But before I start updating on the recent Jakarta trip, here's another trip that I went prior to that.


On 13 June 2009 (Saturday), the whole family [together with another family (Mamat's friend)] went to Sungai Congkak Recreational Forest located in the district of Hulu Langat, Selangor. We went there for the sake of having a quick escapade before the school holiday ends.

It was good. Really good... The air was clean from the recent Jerebu and the water was refreshingly cold. We set up tents and bring along some food. It's a coincidence that both of the families cooked Nasi Lemak. We ate it nevertheless.

Too bad the camera went out of batteries when we went for a dip in the river. Sayang betul! Sempat snap sikit je gambar.


(My mother is standing in the middle of this photo, wearing a white blouse with black n white tudung.)

(we noticed that somewhere along the river, there were a few stones (the size was somewhat similar to the stones in this photo) was standing on top of another stone. And this picture shows that Abang is trying to make the stones stand up on it's own. I don't think it's working though because the stones was supposed to stand on it's narrowest edge on top of another stone.)


Like this photo! It should be like this. This picture was taken at Sungai Congkak... this picture is not mine. I just googled it up. (see credit below picture)
(picture courtesy of http://www.akhiafif.blogspot.com/)



(The one and only picture of me in the river before the batteries went out)


(sejukkkk)


If you want to go to Sungai Congkak, make sure you go there real early because the place is sooooo crowded, especially on weekends and during school holidays. Bring along some food and a tent if you have one. If you don't have it, a Tikar would do. :)

Monday, June 22, 2009

Quickies.

I'll be updating on Jakarta soon. Went there on 15 June until 20 June.

My laptop's adapter is giving me heaps of problems.

Haih, belum kerja dah macam-macam benda nak guna duit. Tsk.

And I'm going to Arau this coming Friday to sent my dear sister to UiTM.

I'll start working on the 1st of July.

Later~~

Thursday, June 11, 2009

I don't think a "Thank You" is enough!

"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!", jerit aku sekuat hati sambil melompat-lompat kegembiraan dalam bilik.


Lepas tu, aku duduk balik atas kerusi sambil menatap skrin laptop. Tak percaya weih. 4 tahun aku bergelumang dalam kancah dunia undang-undang di alam Universiti yang kadang-kadang agak memeningkan kepala, akhirnya...

IT'S OVER!

Memang chapter itu dah berakhir, tapi this is just the beginning to a another new chapter in life. Dalam hati aku toksah cakap la, memang bersyukur Alhamdullilah... berulang-ulang aku ucap sebab rasa macam surreal.

Orang pertama aku menjerit dalam telefon bersama ialah dengan Aimi. Kelakar gila. Aimi call tanya nak check kat mana sebab website UiTM tu tak bukak lagi. So aku suruh la dia check kat menu Mini Transcript. Tengah dia baca menu tu, dia klik then dia sebut la pointer dia (which is very good) pastu tiba-tibe menjerit serentak, "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!". Eksaited weih. Huhu.

Well, aku nak cakap banyak benda la... tapi aku lost for words. huhu.

Cuma, TERIMA KASIH banyak-banyak kepada semua kawan-kawan rapat aku kat Fakulti tu (Azza, Dona, Aimi) rakan-rakan satu firm, satu kelas LLB 2A, kelas sebelah LLB 2B yang selalu datang kelas 2A sebab aircond rosak (Farahah yang selalu lepak itu... hehe... sure memory yang tak boleh lupa), kawan-kawan satu batch yang selalu passing-passing information pasal kes-kes Prof. Rajesh, tips-tips Tuan Lee dan what to watch out during Puan Hajran's class.

To all the lecturers... haih... you guys are the best! Nak namakan satu persatu macam panjang pulak sebab 4 tahun belajar kat situ, in short, ALL UiTM LAW FACULTY lecturers, THANK YOU... Jasa dan ilmu yang diberikan, akan aku junjung sampai ke akhir hayat. Insya Allah. Aku rasa segala ilmu yang diberikan, tak dapat la aku nak balas... cuma aku akan gunakan di kemudian hari.

And to my family dan special someone... hehe... ni personal sikit. Cuma kat sini, just nak cakap thank you for everything. :)

And not forgetting to my all of my friends from Subang Jaya... kawan-kawan sekolah dulu... ada aktiviti calling-calling la yek... dan juga kawan-kawan yang aku kenal secara virtual; geng lanun, rakan-rakan bloggers dan etc. THANK YOU!

Korang yang mendapat results dan akan graduate... congrats!!! See you in AG's Chamber!... oh oh... interview aku 10 Jun lepas berjaya. Alhamdullilah lagi.

Oh ya, kepada semua, sorry for everything... just in case aku ni tak best ke. Let's put everything behind and start a new life okay?

Siapa-siapa nak kahwin, ajak please... :)



Monday, June 08, 2009

Cheap clothing

I'm not such a big fan of branded items. Why spend more when you can get cheap items with almost similar quality? For me, I won't be spending a whopping of RM150 for a Guess white t-shirt when I can get similar white t-shirt at Carrefour for RM6.90. I think they are selling brands as opposed to selling the t-shirt per se.


If it's about quality, I have to admit that some cheap items are so low in quality, that it'll get ruined after 2 days of usage. When it comes to this, of course don't be 'smart' enough to go and spend your money on that item.


(picture taken at Carrefour)

Usually, I would only hunt over cheap clothes only. I'm proud to say that most of my clothes were bought at Carrefour, Mydin, Giant and even some through the internet. The clothes that I would consider as within a reasonable price but great in quality is usually bought at Jusco or Parkson. I never had a single item from a renowned brand such as Guess, MNG, Topshop, Levis and etc.

This morning, I went to Carrefour and bagged 3 t-shirts for RM20.90 only! It's a simple plain long sleeve t-shirts which cost RM6.90 each. The quality of the t-shirts were ok, wearable laa.

Somehow, I would rather say it's quite un-smart of me to spend a lot of money on one clothes only when you can use a quarter of that money to buy cheaper clothes and save the balance of the money for traveling!!

Wohoo... next stop... Jakarta please.

Friday, June 05, 2009

Interview

Eventhough aku dah sampai kat Jabatan X tu, sikit pun aku tak rasa nervous. Rasa macam pergi kelas je. Aku naik pelik sebab seriously, memang aku tak rasa apa-apa... butterfly tak ada terbang-terbang pulak dalam perut.

Aku selambe pergi kat kaunter tanya akak Guard tu.

"Kak, saya dipanggil untuk interview kat Jabatan X... kat mana saya nak kena tunggu?"

Dia tengok muka aku dengan pelik.
"Aik... dik... ada ke interview hari ni? Siapa call adik? Ada surat tawaran ke atau apa-apa yang cakap adik interview hari ni?"

Aku cakap, "Surat tak ada tapi saya dapat call dalam 20hb Mei camtu la... saya lupa tarikh, encik yang call tu suruh saya datang hari ni... saya ada save no dia dalam handphone ni. Nak tengok kejap saya amik phone saya."

"Tak pe dik... akak call (thru telefon) staff kat atas kejap. Kawan-kawan adik ada datang jugak ke hari ini atau adik sorang je ni? Adik dari U mana?"

"Er... saya rasa ada... bukan saya seorang. Saya dari UiTM."

Lepas tu dia kasi la aku cakap dengan staff yang dia call tadi. Rupa-rupanya, tarikh interview ditunda pada 10 Jun. Yang aku pulak, datang hari ini (5 Jun) dengan semenggahnya bersama-sama beg file, handbag siap dengan blazer. Nasib baik la aku tak pakai blazer masa datang... aku sangkut kat lengan je. Aku cakap dengan encik tu, yang aku tak dapat panggilan kata tarikh ditunda. Lepas tu dia suruh aku tunggu kat lobi sebab nak jumpa aku.

Masa jumpa tu, ada dua orang staff... aku tau sorang tu je (yang aku cakap dalam phone masa kat kaunter akak Guard tu)... yang sorang lagi aku tak kenal siapa. Dia bawak list nama budak-budak yang akan diinterview 10 Jun nanti... memang nama aku missed out dalam list tu. Dia cakap, dia pakai list nama ini untuk beritahu yang tarikh ditukar. Dia cakap maybe ade technical error, so dia janji akan call aku before pukul 12 tengahhari untuk re-confirm balik sama ada betul ke tak nama aku ada sekali untuk diinterview 10 Jun nanti.

Lepas tu, aku balik la... nasib baik la masa tu aku datang dengan mak dan adik aku. Jadi tak ada la aku rasa malu sorang-sorang. Lagipun staff tu mintak maaf banyak-banyak kali, so aku tak marah pun... just gelak-gelak je... (dalam hati fuh lega sebab aku tak hafal banyak benda pasal subjek criminal. Haha.)

Then dalam pukul 11 macam tu (aku melenjan di Mydin untuk melepaskan rasa malu dan lain-lain perasaan) ada orang call aku, nama dia Encik X, iaitu Encik yang first-first call aku dulu... dia cakap, dalam database dia memang ada nama aku, cuma masa print out list tu, dia termissed nama aku dan dia cakap dia pun tak tahu macam mana dia boleh termissed out.

So, aku tanya la, aku sorang je ke yang nama takde dalam list tu... dia cakap, "Ha'ah.. Cik sorang je...". Pastu aku cakap dengan laju macam panik, "Saya dah cuak dah ni tau nama saya tak ada... kenapa nama saya jeeee... Saya ni boleh ke datang interview nanti??"

Pastu dia gelak, dia cakap jangan risau sebab dia dah update dan memang nama aku dah ada balik. Pastu dia mintak maaf lagi... memang technical error. So dia suruh datang 10 Jun tu dan bawak dokumen-dokumen yang berkaitan.

Itulah aku pelik... awal-awal tu apsal aku tak rasa nervous sangat... memang ada something rupanya.

Apa pun, aku rasa semua benda ini ada hikmah.
  1. Kalaulah aku tak pergi, mungkin aku tak tahu pun tempat itu kat mana... dan betapa jam dan susahnya nak cari parking pada jam 8 pagi.
  2. Kalau aku tak pergi, mungkin nama aku akan missed out dalam list tu eventhough dia panggil 10 Jun tu. Sebab orang tu kata, database ada, tapi print out tak ada... then nanti conflict lagi.
  3. Kalaulah aku tak pergi, tak dapat aku pow mak aku sebijik beg murah dan sehelai baju inner di Mydin.